:: Perginya Insan-Insan yg Dikasihi ::
06 september 2010, jam 3.20 pagi, aku dikejutkan dgn panggilan bonda tercinta. Hati berdebar-debar melihatkan nama emak di skrin handphone. Hati terdetik pasti ada sesuatu yg berlaku di sana. Panggilan ku jawab, terdengar tangis emak di hujung talian. " Along, nenek sudah tiada ". Begitu perkhabaran yg ku terima dari mak. Aku terduduk tidak tahu hendak berkata apa, hanya airmata mengiringi. Hanya beberapa hari saja lagi umat islam akan maraikan hari yg gembira setelah sebulan berpuasa. Tapi aku pula menerima berita yg sangat memilukan. Aku tenangkan emak dan berkata aku akan pulang. Suami tercinta menjadi penguat di kala aku sudah tidak mampu melangkah. Maklum,aku paling rapat dgn nenek. Pagi isnin itu aku sebenarnya sudah merancang mahu membeli beberapa pasang baju untuk dipakai oleh nenek sewaktu lebaran nanti. Namun, takdir tuhan tiada siapa mampu menghalang...Nenek meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 2.55 pagi kerana kerosakan teruk pada buah pinggangnya dan komplikasi hati. Apapun aku redha dgn pemergiannya. Cukuplah nenek terseksa dgn sakit yg ditanggungnya selama 10 tahun. Aku tahu emak lebih lagi terkilan. 10 tahun nenek sakit, selama 10 tahun itulah emak jaga nenek tanpa sekalipun aku dengar emak merungut. Berpuluh kali juga nenek dimasukkan ke wad, emaklah yg menjaga. Emaklah yg bersengkang mata...besarnya pengorbanan emak sebagai anak.
4.15 pagi, suamiku cuba menghubungi MAS untuk menukar tarikh penerbangan kerana aku sepatutnya pulang ke Kota Kinabalu pada 8 September 2010. Malangnya, seat fully booked sepenuhnya. Bersungguh suamiku menghubungi kawan2nya yg mungkin blh membantu. Call AirAsia penerbangan juga penuh semuanya. Maklum saja musim perayaan. Dlm hati aku berdoa,memohon pada Allah semoga perjalanan ku dipermudahkan dan aku sempat balik sebelum jenazah nenek disemadikan. 4.45 pagi, MAS menghubungi semula suamiku, memberitahu hanya ada 2 seat yg available itupun seat dlm business class. Suamiku tidak berfikir panjang dan bersetuju utk menukar seat sedia ada ke business class. Kata Suami "Duit blh kita cari sayang,tapi yg sudah pergi ini dialah satu-satunya.at least kita masih blh melihatnya sebelum dia dikebumikan" Tersentuh hati melihat ketulusan suamiku.
Dlm tangisan yg msh blm reda, aku kemas pakaian mana yg sempat kerana aku perlu mengejar flight pd jam 9 pagi. Tepat jam 11.40pagi, aku tiba di tanah kelahiranku. Adikku hafiz sudah sedia menanti. Setibanya aku di rmh,jenazah sudah siap dimandikan dan dikafankan. Aku peluk emak seeratnya. Tahu emak org yg paling merasai kehilangan itu. Selesai solat Zuhur, jenazah nenek di bawa ke Tanah Perkuburan Likas utk disemadikan di sana. Gugur lagi airmata saat melihat jasad nenek dimasukkan ke liang lahad. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.amin...
23 November 2010, jam 9.30 pagi, aku dikejutkan pula oleh panggilan ayah ketika aku sedang bersarapan bersama suami. Ayah memaklumkan bahawa atuk ditimpa kemalangan. Aku yg baru hendak menyuap nasi terus hilang selera hendak makan. Aku terus call adik bongsu ayah yg kebetulan tinggal bersama atuk di kampung. Hanya esak tangis yg aku dengar. Katanya atuk kritikal kerana pendarahan dalam dan sedang dirawat dlm ICU. Makcik memaklumkan yg atuk dilanggar oleh sebuah kereta wira. Pagi itu atuk pergi solat subuh spt biasa kemudiannya menziarah saudara yg meninggal di kampung sebelah. Selesai memandikan dan mengkafan jenazah, atuk pulang sekejap. Dlm perjalanan pulang itulah atuk ditimpa kemalangan.
Doctor telah cuba utk memberhentikan pendarahan tapi darah tetap juga tidak mahu berhenti. Selang setengah jam aku hubungi ayah utk mengetahui perkembangan atuk tapi jawapan yg ku terima dari ayah hanyalah " Atuk kritikal along.." Bagai direntap seluruh semangat yg ada. Nenek baru saja pergi, dan aku diuji lagi. Dlm hati aku berdoa pd allah, usahlah ambil atuk. Aku terkilan kerana sepatutnya Hari Raya Haji tahun ini aku pulang ke kampung. Tapi memandangkan cuti tahunan yg telah habis, aku tidak dpt pulang. Suami insan paling setia di sisi,menjadi penguat semangat. Aku hubungi AirAsia kerana aku mahu pulang. Aku mahu bersama atuk di saat genting spt itu. Emak yg sepatutnya bercuti bersama ku di sini juga terpaksa aku tukar tiket penerbangannya utk pulang ke Kota Kinabalu bersamaku. Mujur ada seat itupun flight yg available hanyalah pd jam 6.45 ptg.
Aku pujuk hati utk bersabar dan setiap jam menghubungi ayah utk mengetahui perkembangan atuk. Adik bongsu ayah yg juga merupakan seorg jururawat berkeras mahu membawa atuk dari Hospital Kuala Penyu Beaufort ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Walaupun DR sudah seperti tidak mengizinkan kerana keadaan atuk yg sgt kritikal tapi makcik tetap berkeras mahu membawa atuk, katanya dia tidak mahu duduk diam tanpa sebarang ikhtiar dan akhirnya DR terpaksa akur. Tapi takdir tuhan tiada siapa yg dapat menahan. Dlm perjalanan ke hospital, degup jantung atuk berhenti dan paramedik telah memberikan bantuan kecemasan CPR pada atuk. 10minit kemudian, nadi atuk berdegup kembali tetapi sangat lemah. Setibanya di hospital, atuk di bawa masuk ke ICU utk rawatan kecemasan.
3.01 petang, aku menerima panggilan dari ayah bahawa atuk telah kembali kepada pencipta-NYA. luruh airmata, hilang semua semangat. Insan yg aku kasihi diambil jua oleh-NYA. Aku tiba di kota kinabalu pada jam 9.30 malam. Angah, adikku telah sedia menunggu. Kami terus bergegas pulang ke kampung yg perjalanannya memakan masa lbh kurang 2 jam. jenazah atuk akan dihantar pulang ke kampung malam itu juga selepas selesai post mortem. Sebenarnya, seluruh ahli keluarga tidak setuju dgn bedah siasat yg dilakukan tetapi memandangkan kemalangan yg menimpa atuk telah menjadi kes polis, kami terpaksa akur. Kalau tidak pihak polis tidak dpt memberi release letter utk jenazah atuk di bawa pulang.
24 November 2010, jam 10 pagi, atuk selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Nukahan. Suasana suram menyelubungi ketika Talqin dibacakan. Hanya airmata yg mengiringi. Masih terdengar di telinga sewaktu hari raya yg lepas, sebelum aku pulang semula ke kuala lumpur, aku salam atuk dan seperti biasa duit rayanya tidak aku lupakan. Tapi kali ini atuk agak berlainan, atuk kata duit raya tahun ini mungkin dia tak dpt lagi tahun depan. Rupanya, ini tahun terakhir aku beri duit raya pada atuk. Sebak dada mengingat kembali kata-kata atuk. Sesungguhnya kenangan manis bersama arwah nenek dan atuk kekal diingatan...cuma aku masih merasa kehilangan yg amat sangat. Tiada lagi atuk yg akan mengejutkan cucu2 nya utk bangun bersarapan setiap kali kami pulang ke kampung. Tiada lagi atuk yg akan mengambil air kelapa muda kesukaan ku setiap kali aku balik ke kampung..tiada lagi atuk tempat aku mahu bermanja minta itu dan ini ketika pulang ke kampung.
AL-Fatihah untuk arwah Nenek, RAINAH BINTI BONBON & arwah Atuk, HAJI JAPONG BIN KHAMIS.
Semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Atuk dan Nenek, damailah kalian di sana. Along akan sentiasa mengingati kalian..di dalam doa..dan along akan selalu kirimkan al-fatihah dan yaasin sbg tanda kasih along buat atuk dan nenek..
0 comments:
Post a Comment