Full time mommy VS Working mom
Sebagai ibu sama ada yg full-time mommy atau working mom,tidak dinafikan kebanyakan dari kita mengabaikan keperluan diri sendiri setelah mempunyai anak.Mana tidaknya,rutin harian sudah bermula seawal jam 5 atau 6 pagi. Bagi ibu2 yg tidak bekerja,munkin kurang sikit rushingnye dlm soal menyediakan sarapan atau mengurus si kecil anda. Anda mempunyai waktu yang cukup untuk menyediakan sarapan tanpa perlu tergesa-gesa. Mengurus si kecil juga lebih selesa dan mudah. Malah segala house work juga dpt dilaksanakan secara teratur. Bukankah itu satu bonus bagi anda?
Berlainan pula ceritanya bagi ibu2 yg bekerja. Buka mata je,otak juga sudah ligat berfikir itu dan ini. 1001 mcm perkara perlu dibereskan terlebih dahulu sblm anda punch card pd jam 8 atau 9 pagi. Ada yg tidak sempat untuk menyediakan sarapan kerana mengejar waktu utk ke tempat kerja, menghantar anak ke nursery dan bermacam hal lagi. Itu belum ditambah lagi dgn anak yg meragam bila dh sampai nurseri, jammed teruk di atas jalanraya, minyak kereta lupa nak isi, kad touch&go lupa nak top-up dan mcm2 hal lagi yg tidak dijangkakan. Huh! akhirnya anda mengeluh sendirian kerana stress sudah melanda diri seawal pagi. Setibanya di office kebanyakan dari kita dh takde mood utk bekerja :(
Hmm..stress bukan? Saya juga melalui pengalaman yg sama sejak bergelar mama. Sejak ada baby,tido selalu x cukup dan x menentu. Kdg2 baru nak terlelap baby dh nangis. Then, kena la bangun juga tgk baby. Tahun pertama jd mama, life mmg rasa upside down. Time management mmg out. Emosi juga bercampur2. Rupanya begini bila seorang perempuan bergelar ibu. Tapi, walau apapun sebagai wanita, sama ada yg bekerja atau surirumah kita tetap perlu menjaga diri sendiri supaya kekal sihat dan cergas. Ambil sedikit waktu utk diri sendiri dan cuba amalkan beberapa tips di bawah utk diri sendiri agar sentiasa sihat dan cergas.
Air dan Kesihatan Wanita
Bila dh terlalu sibuk, kdg2 kita lupa utk menjaga keperluan tubuh. adakalanya air yg manis menjadi pilihan utk menghilangkan dahaga setelah letih mengurus itu dan ini. Tanpa kita sedari kandungan gula di dlm air yg kita minum lama kelamaan akan memudaratkan sistem tubuh kita.
Air putih sgt penting utk kesihatan tubuh badan. Salah satu kepentingannya adalah utk mengeluarkan toxin dari dlm badan dan mengelakkan kekeringan kulit. Oleh itu minumlah air at least 8-10 gelas setiap hari untuk kekal sihat.
Sihat Cantik Dengan Jus Buah Segar
Amalkan 2 gelas jus buah segar setiap hari. Homemade dan tanpa gula. Satu di waktu pagi ketika perut kosong dan Satu pada waktu petang. Ianya sangat baik utk kesihatan tubuh dan juga kulit.
Jus Campuran Epal, Oren, Tomato & Carrot.
1 Biji Epal
1 Biji Oren
1 Biji Tomato
1 Biji Carrot
Khasiat : Sangat baik untuk mata dan kulit
Jus Campuran Strawberry, Blueberry, Pear, Yogurt & Madu
5 Biji Strawberry
5 Biji Blueberry
1 Biji Pear
3 sudu Yogurt
2 sudu Madu
Khasiat : Kumpulan buah dlm kategori berries ini berperanan sbg anti-oxidant dan ia juga baik utk kulit
p/s - Jus buah yg ingin dihasilkan perlulah menggunakan fruit juicer ya!
Makanlah BROCOLI
Saya amat menggemari brocoli. Sayur ini kaya khasiat kerana fungsinya sbg anti-kanser.
Ia mengandungi Vitamins B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic acid), B6, B9 (Folate), Vitamin C dan Vitamin A. Ia juga kaya dengan kalsium, zat besi,magnesium,fosforus,potasium dan zink. Kandungan Isothiocyanates yang ada di dalam brokoli dapat mencegah dan melawan penyakit kanser, mengurangkan risiko katarak dan serangan angin ahmar(stroke).
Multi-Vitamin & SUSU
Menjadi ibu, sama ada yg berkerjaya mahupun fulltime housewife, anda perlu menjada diri sebaiknya agar anda dpt menjaga keluarga anda sebaik mungkin. Oleh itu, memilih utk mengambil multi-vitamin dan susu setiap hari adalah pilihan yg terbaik utk anda sbg wanita, ibu dan juga isteri. Multi- Vitamin memberi nutrien yg diperlukan oleh badan selain nutrien yg kita perolehi drpd makanan yg kita makan setiap hari. Pengambilan susu pula membantu melindungi tulang agar sihat dan kuat.
0 comments:
Post a Comment