4days 3nights package DEMC
my baby admitted lagi. this time at DEMC.section 14 Shah Alam due to Rota Virus. tahun ni je dh 2 kali admitted. the last time kt KPJ sbb Viral Fever. cian anak mama ni. but this time mmg worse sbb sampai kena drip. masuk 5 botol air.x blh lupa masa Dr buat drip tu.meraung si kecil..mama dia pn menangis sama :-(
masa ni makan langsung x nak. minum susu pn x nak. badan lemah sgt..risaunya hati Allah saja yg tahu...
Apa Itu Rota Virus?
TAHUKAH anda, hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus Rota sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun?
1. Antara simptom jangkitan itu termasuk demam panas, muntah dan diikuti cirit-birit. Lazimnya, masalah demam panas dan muntah akan berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit bagaimanapun boleh berterusan sehingga tiga minggu.
2. Muntah yang berlanjutan dan cirit-birit membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu dehidrasi.”Dehidrasi adalah satu masalah besar apabila dijangkiti virus Rota. Percaya atau tidak, dehidrasi tahap serius boleh membawa maut. Satu kajian telah dijalankan di Asia iaitu melalui Rangkaian Pemantauan Virus Rota Asia oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS).
3. “Hasil kajian menunjukkan kira-kira 57 peratus kemasukan ke wad akibat kes cirit-birit di Malaysia berpunca daripada jangkitan virus Rota,” menurut seorang perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo.
4. Sebagai penyakit yang mudah berjangkit, virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.
5. “Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.”Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan,” tambah Dr. Phaik Choo.
6. Bayi berusia antara tiga bulan hingga 24 bulan paling cenderung terdedah kepada virus Rota. Kira-kira 71 peratus daripada kesemua kes virus Rota berlaku dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi.Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti pemberian susu ibu dan pembasmian kuman di kawasan bermain atau pada barangan mainan secara kerap harus dilakukan.Pengambilan suntikan vaksin adalah kaedah pencegahan terbaik terhadap jangkitan virus Rota, lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.
7. Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena. Apapun mencegah lebih baik daripada mengubati. Suntikan vaksin perlu diberikan kepada anak sebagai pencegahan terbaik.

0 comments:
Post a Comment